Apa Yang Perlu Sebenarnya Untuk Permulaan Membela Ikan Hiasan?


Assalammualaikum, salam sejahtera.




Kali ini saya nak kongsikan, Apa Yang Perlu Sebenarnya Untuk Permulaan Membela Ikan Hiasan?




Untuk membela ikan hiasan, kita perlu menyiapkan semula keperluan dan kelengkapan ikan tersebut. Daripada jenis ikan, akuarium, aksesori, ubat ikan dan lain-lain. Seperti manusia memerlukan rumah pakaian dan kelengkapan, begitu juga haiwan atau ikan hiasan itu sendiri. Sebagai permulaan, sebenarnya tidaklah begitu rumit apa yang perlu dibeli, cuma ada beberapa perkara yang penting dan yang lain hanyalah sekadar aksesori atau hiasan yang mana sedap mata memandang. Tetapi ikan perlukan rawatan yang baik, dari segi penapisan air, oksigen, anti-klorin dan yang paling penting adalah makanan ikan itu sendiri, ingat, berdosa seseorang yang membiarkan ikannya mati kerana tidak makan.

Apa yang perlu sebenarnya untuk permulaan membela ikan hiasan ni? InsyaAllah, saya akan kongsikan apa yang saya tahu, cuma penulisan saya bukanlah yang terbaik.

  • Perkara yang pertama (bagi pendapat saya) adalah jenis ikan yang kita nak bela. Sebab apa? Tidaklah semua ikan itu boleh hidup bersama. Kita perlu tahu setiap kehidupan ada mangsa dan ada pemangsa, yang besar makan yang kecil, yang lemah akan dibuli (wow..haha). Ikan juga ada kehidupan yang begitu, kalau kita bela ikan besar, jangan campurkan dengan ikan yang kecil. Sebagai contoh, bela ikan Tilapia, jangan pula kita campur dengan ikan Guppy. Ya, pada mulanya nampak seperti boleh, akan tetapi bila ianya semakin membesar dan terus membesar, dengan hanya sekali ‘ngap’ sahaja ikan Guppy anda akan lesap, hari ini tengok ada dua, esok tengok tinggal satu. Ikan Guppy juga tidak digalakkan campur sekali dengan ikan Tiger Barb, ini kerana Tiger Barb sangatlah agresif. Percayalah jika anda beli Guppy mahal sekali pun, ekor cantik, dalam masa sehari sahaja ekor ikan Guppy anda digigit oleh Tiger Barb. Cuma saya perlu jelaskan sekali lagi ya, bukan tidak boleh tapi tidak digalakkan, kalau anda ingin campur juga, tidaklah menjadi masalah sebab saya pun pernah campur sekali dalam satu akuarium, seperti yang saya beritahu tadi, ekornya tidak akan cantik. Apa yang penting dalam perkara pertama ini adalah pemilihan ikan yang betul. Kalau anda nak bela ikan sungai contoh seperti Tilapia, Jelawat, Patin dan lain-lain, bolehlah campur sekali. Kalau anda nak ikan Guppy, bolehlah campur dengan ikan Tetra, ikan Mas atau ikan yang tidak agresif. Boleh tanya tauke yang jual ikan itu, biasanya dia akan tegur kalau anda beli ikan yang tidak boleh campur Bersama atau tidak sesuai.

  • Perkara yang ke-dua adalah pemilihan akuarium. Akuarium ini tersangatlah penting selepas anda fikir apa ikan apa yang anda nak beli atau bela. Sebab apa? Selepas anda tahu ikan jenis apa yang patut anda bela, anda perlu tahu saiz ikan yang anda nak bela. Sebagai contoh, kalau anda nak bela se-ekor ikan Laga, 1x1 kaki akuarium pun sudah memadai. Tetapi jika anda nak bela ikan Guppy berekor-ekor, anda memerlukan akuarium sekurang-kurangnya 2x1 kaki. Ingatnya, paling kurang. Berbeza pula kalau anda nak beli ikan sungai seperti ikan Tilapia dan lain-lain, anda memerlukan 4x2(bergantung jumlah ikan yang nak dibela) kerana ikan sungai sangat cepat membesar. Tilapia jika anda beri makan yang cukup atau anda beli udang hidup sebagai makanan, Tilapia akan membesar dengan lebih cepat, dan bentuk badannya juga agak besar. Jadi, disini sangat mainkan peranan, kebergantungan pemilihan akuarium adalah keputusan anda dalam perkara yang pertama tadi(pemilihan ikan). Buat keputusan ikan apa yang nak dibela kemudian akuarium apa yang perlu dibeli, supaya ianya sesuai dengan ikan anda.

  • Perkara yang ke-tiga adalah membeli ubat-ubatan ikan. Apa benda ubat-ubatan ikan ini? Sebenarnya banyak sangat ubat-ubatan ikan ini, tapi apa yang perlu anda tahu untuk membela secara biasa dan permulaan adalah Anti-Klorin dan Anti White Spot. Anti-Klorin penutup hijau manakala Anti-White Spot penutup berwarna biru. Untuk apa Anti-Klorin ini? Setiap air paip mempunyai klorin, tugas Anti-Klorin untuk neutralkan kandungan klorin. Anti White Spot pula bertujuan untuk merawat penyakit White Spot, kebiasannya penyakit ini terkena pada ikan dan boleh membawa maut pada ikan yang terkena. Jadi, beli kedua-dua ubat ini. Murah sahaja.

  • Perkara yang ke-empat adalah oksigen dan penapis air yang sesuai. Terdapat banyak penapis air akuarium dipasaran, apa yang penting ialah anda perlu cari yang bersesuaian. Beli yang sedikit mahal supaya kandungan air yang disedut dengan banyak dan baik. Cuma perlu juga anda lihat saiz akuarium dan saiz ikan, disini anda sekali lagi perlu melihat perkara satu dan perkara dua untuk mencari kesesuaian penapis air dan pam air. Apabila pam air terlalu kuat, sedutan pam juga akan kuat, yang mana pam boleh menyedut ikan-ikan kecil anda dan akan melekat sehingga anda tersedar dan ikan anda sudah pun mati. Tetapi, jika anda membeli penapis air atau pam air yang terlalu kecil, pam air tidak dapat menyedut kotoran yang jauh dari pam air, ini akan menyebabkan air akuarium anda akan kotor. Kalau ikan anda jenis yang besar, lagi cepat air akuarium akan kotor. Anda boleh tanya tauke kedai tersebut apa yang sesuai, atau boleh buat carian apa yang sesuai.

  • Perkara yang ke-lima adalah aksesori. Dalam perkara ini, anda bebas untuk memilih apa sahaja yang anda berkenan, cuma apa yang penting bagi saya ialah pasir atau batu. Kalau anda tidak meletakkan pasir atau batu akuarium, bawah akuarium nampak tidak cantik sebenarnya, lagipun saya suka nampak ala-sungai macam itu. Dan juga anda perlu membeli kayu, ini juga seakan wajib untuk dibeli sebenarnya, kalau tanya saya kenapa, saya tidak ada jawapannya. Tapi apa yang pasti ialah anda perlu membelinya, haha. Kalau tidak beli pun tidak mengapa. Kemudian, pastikan apa yang anda beli muat untuk masuk kedalam akuarium anda, jangan anda beli banyak-banyak kemudian tidak muat atau semak sehinggakan ikan nak berenang pun tidak boleh. Beli jangan ikut nafsu. Marah ikan tu, pembanggunan pesat kata hatinya, haha. Lampu juga aksesori yang patut anda beli, sebab manalah tahu malam-malam anda nak minum kopi sambil lihat ikan berenang. Sebenarnya bagi saya ikan ini seolah-olah terapi mata untuk kita. Lenggok ikan, kemudian lihat ikan berenang, ada pula anak ikan yang dilahirkan oleh ikan yang kita beli. Keseronokkan itu akan datang.

Saya rasa perkara ini sahaja yang saya dapat kongsikan, saya bukanlah pakar atau hebat atau juga ahli dalam bidang membela ikan hiasan ini, cuma sekadar perkongsian sahaja dan berdasarkan pengetahuan terhad yang saya ada sahaja. Jadi, apa yang penting adalah jaga ikan hiasan anda sebaik mungkin, jangan sampai tidak bagi makan dan mati pula. Kalau anda seorang yang baharu ingin cuba, ikan mati itu sudah seperti suatu kebiasaan pada awalnya, tetapi jangan ambil tidak kisah pula. Perbaiki kesalahan anda, fikir semula apa sebab ikan anda mati. Selamat membela ikan.

Sekian.

Ikan Hiasan : Kedai ikan Hiasan - Big Aeon

Assalammualaikum, Salam Sejahtera..

Kedai HYPER Pets, Big Aeon Wangsa Maju..

Hari ini saya nak kongsi satu kedai ikan hiasan yang baru dibuka di Big Aeon Wangsa Maju.. Sesiapa yang berada di sekitar Wangsa Maju dan kawasan sewaktu dengannya boleh singgah kedai ini..
Kedainya agak menarik, kedai ini juga bukanlah jual barangan ikan sahaja, dia jual barangan haiwan peliharaan.. Seperti makanan kucing pasir kucing yang mana harga agak berpatutanlah (mungkin promosi baru buka), Hamster dan Sugar Glider pun ada.



Banyak aksesori yang dijual, rasanya semua peralatan untuk memelihara ikan ada, akuarium, anti-chlorine, aksesori dalaman.

Saya akan kongsikan gambar..




HYPER Pets, Big Aeon Wangsa Maju

Ikan pun agak menarik..

Banyak pilihan..





 Saya rasa air pump ini murah RM10.00
Tidak lupa juga barangan untuk kucing anda pun ada disini.








Bagi saya kedai ini menarik dan akan menjadi saingan kepada kedai lain dan memberi keuntungan kepada pembeli macam kita.. Macam mana sekali pun kita kena biasa buat perbandingan harga.. Saya hanya sekadar kongsi sahaja.. mungkin murah bagi saya, mahal bagi orang lain.. mungkin mahal bagi orang lain, murah bagi saya.. Tapi kalau ada satu kedai sahaja tempat kita, yang mana nak pergi kedai lain jauh, baiklah beli dekat situ saja.. Pergi jauh duit minyak lagi, tapi kalau kebetulan nak lalu situ lainlah..

Kalau kawan-kawan pembaca ada kedai ikan yang lain, boleh kongsi dibawah.. Maaf kalau ada salah dan silap..

Sekian.

Kedai Ikan Hiasan Jalan Pasar, Pudu Sep 2019

Ikan Hiasan : Permulaan Yang Patut Dibeli Sebelum Bela IkanHiasan

Ikan Hiasan : Kedai Jual Kutu Air

Assalammualaikum, Salam Sejahtera..

Kedai Jual Kutu Air, Kuala Lumpur.

Entri kali ini saya nak kongsikan kedai jual kutu air dikawasan, sebab ada yang tanya saya dekat mana ada jual makanan hidup atau kutu air..

Kutu air biasanya diberi kepada anak ikan yang agak sedikit besar, seperti anak guppy.. Boleh juga nak bagi ikan dewasa.. Kutu air biasanya tidak tahan lama, mungkin 2-3 hari sahaja, itu pun nasib baik, kalau nasib tak baik, beli hari ini esok mati.. Kutu air kalau nak simpan air mesti ada oksigen dan tiada klorin.. Lebih baik lagi kalau ada air hijau(green water), cara nak buat boleh tengok youtube..saya tak pakar, selalu gunakan air biasa tanpa klorin dan oksigen saja..

Kedai yang saya tahu, tidak banyak hanya ada dua sahaja.. Kalau sesiapa yang tahu ada tempat lain, atau kedai sendiri.. Boleh kongsi di ruang komen, InsyaAllah saya akan kemas kini dan masukan dalam entri saya..


Jalan Pasar, Kuala Lumpur.

Seperti biasa kedai ini berada di Jalan Pasar, pudu..
Sini ada jual kutu air dan cacing sutera.. Tapi kena pergi awal sebab selalu habis.. Kadang pukul 12 dah habis.

Sebelah kedai pun ada jual makanan hidup juga.

Jalan Pudu Hulu, Cheras, Kuala Lumpur

Kedai ini memang banyak jual kutu air dan cacing sutera.. Jaranglah habis.. Kalau tak tahu boleh cari kedai Cheras Aquarium atau Menara PGRM.
















InsyaAllah saya akan kemas kini lagi.. Sesiapa yang tahu boleh kongsi, sesiapa yang ada kedai jual kutu air boleh kongsi juga.

Sekian..

Kedai Ikan Hiasan Jalan Pasar, Pudu Sep 2019
Ikan Hiasan : Permulaan Yang Patut Dibeli Sebelum Bela IkanHiasan

Ikan Hiasan : Kedai Ikan Pasar Pudu Edisi Khas


Assalammualaikum, Salam Sejahtera..


Sebelum saya tulis panjang lebar, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pembaca-pembaca blog saya, yang sudi membaca.. ada yang komen, tanya soalan.. Saya bukanlah mahir sangat tentang blog ni, ada tulisan-tulisan atau bahasa yang saya cuba baiki.. Dan saya bukan mahir atau pakar soal ikan hiasan ni, sekadar pengalaman saja..saya cuma kongsi pengalaman dari penglihatan saya. Saya harap saudara-saudari sudi baca blog saya..

(Boleh lihat entry tentang ikan hiasan sebelum ini..)
Ikan Hiasan : Kedai Ikan Hiasan
Ikan Hiasan Bahagian 2
Ikan Hiasan Bahagian 3 : Guppy, Lampam, Tiger Barb, Swordtail
Kura-Kura dan Ikan Hiasan
Ikan Hiasan : Kedai Ikan Pasar Pudu Feb 2018

TERIMA KASIH..


Balik kepada tajuk asal..
Ada yang tanya saya macam mana nak pergi kedai ikan hiasan pasar pudu ni? kedai buka atau tutup jam berapa.. Ada parking atau tidak.. Saya akan jawab dalam entry ini..(apa yang saya tahu dan lihat)

Pasar pudu ni kat mana?
Mana yang ada internet ni buka je google map "Jalan Pasar".. mana yang tak tahu, boleh cari laluan nak ke bomba pudu atau Pos Malaysia pudu.. Atau boleh cari Market Mall Pudu.


Kedai buka atau tutup jam berapa?
Ikan Hiasan pasar pudu ni buka se-awal 8.00pagi dan tutup jam 5.00 petang.
Tapi janganlah pergi pagi sangat, kedai baru nak buka..saya pernah jam 8.30, pekedai tengah susun-susun barang lagi.. dan jangan pergi lewat sangat pula, nanti terkejar-kejar nak beli barang sebab pekedai akan mula berkemas untuk tutup kedai.. kalau boleh pergi sebelum jam 4.30.











Ada parking tak?
Ya, ada parking..TAPI, berbayarlah.. kalau tak sayang duit boleh je parking dibahu jalan tu.
Ada parking bayar RM5/sekali masuk, ada yang RM5/jam, ada juga parking DBKL bayar mesin tu RM1.50/jam(kalau tak salahlah), jarang parking sebab susah nak dapat.
Siapa yang naik motorsikal tu boleh je parking depan 99 Speedmart atau parking depan kedai, tapi parking fikir orang lain juga, jangan ikut sendiri je..sebab pernah tengok orang naik motor parking tengah jalan, disebabkan dia kereta lain tak boleh jalan.. jalan situ agak sibuk sikit, banyak lori keluar masuk.


Sesiapa yang bawa kereta, boleh parking sini..dekat sikit

Yang motor pula boleh parking depan 99speedmart












Tambahan... Beli ikan tengok semua kedai, mana yang murah.. Lihat betul-betul ikan yang dibeli, takut ikan dalam keadaan"nyawa-nyawa ikan"..
Aksesori pilih yang elok-elok..jangan sebab murah kita tibai je beli.. balik rumah barang tak bagus, menyesal pula.



 Kalau nak beli filter, pump, atau apa-apa yang patut.. Boleh beli kat sini. Kalau nak beli filter atau pump, tanya orang tu apa yang sesuai untuk akuarium kita.











Rasanya sampai sini saja kot entry saya kali ni.. Terima kasih sekali lagi kerana sudi baca.. Kalau ada apa-apa, leh tanya..maaf kalau lewat reply

Ikan Hiasan : Kedai Ikan Pasar Pudu Feb 2018


Assalammualaikum.. Selamat Sejahtera

Harini saja nak update tentang kedai ikan hiasan yang mana sebelum ni saya pernah kongsi..

KEDAI HIASAN PASAR PUDU MASIH HIDUP?
Jawabannya YA.. masih hidup dan wujud.. tapi nak kata meriah macam 10 tahun lepas, tidaklah..
Kalau dulu sepanjang tepi-tepi jalan tu ramai je orang buka kedai jual ikan dalam besen, tapi sekarang tak ada dah.. tapi masih banyak lagi lah..


(Auto Feeder) Pembelian


Ok, entry ni nak kongsi gambar-gambar PASAR PUDU FEB 2018......




Ni kedai paling banyak jual ikan, harga pun murah jugalah.

RM1?!
 

 Yang ni cantik, Tapi ikut nasib, kadang ada, kadang tak ada.

Banyak pilihan! Pilih je!

Guppy.. Harga lain-lain.. ada yang mahal, ada yang murah.. Kalau campur dengan ikan lain, hilang ekor dia..haha.

Ni salah satu ikan yang agresif, suka gigit ikan lain.. kalau duduk dengan guppy memang rosak ekor si guppy tu dia kerjakan.. Dah lah beli guppy nak tengok ekor dia.


Ikan koi, Ikan mas.

Kedai ni banyak jual makanan ikan hidup, ni semua rm2..
Kadang kedai ni ada jual ikan Tilapia besar.. Ikut nasib la..
Tapi ikan Keli jenis kecil- kecil tu selalu.

Kedai ni banyak guppy, tapi tak boleh pilih.

Kedai ni pula jual ikan dan barang-barang haiwan peliharaan

Kedai ni kedai pertama yang kita akan jumpa.. Ikan koi, ikan mas murah.. tapi jangan bezakan ikan koi kedai ni dengan ikan koi jepun dan lain-lain la..

Kalau sabtu atau ahad ada 2 kedai buka tepi jalan(tak ada gambar).. Ada satu kedai tu jual ikan mahal-mahal, arowana, jelawat(besar!),crayfish/crawfish(biasanya peniaga letak nama lobster) dan banyak lagi.. Kalau nak murah datang lewat sikit waktu nak tutup kedai.. Saya beli crayfish, asalnya harga RM18(2-3ekor ikut saiz) tapi dia bagi RM10..beza RM8, saya pun beli je lah..nak cuba. Tapi! sebelum beli tengok betul-betul keadaan ikan tu, jangan main beli je..sebab ikan tu lama duk dalam plastik tu.

Siapa nak beli ikan hiasan atau barangan haiwan peliharaan bolehlah pergi ke pasar pudu..
Bukanlah nak promosi sangat, saya pun tak ada kedai kat pasar pudu tu.. Cuma teringat zaman budak-budak je.. Harini beli esok mati.. harini beli, minggu depan tukar air, ikan mati. Beli ikan laga, tengok ikan tu berlaga(jangan laga ikan, dosa.. tak tahu tak apa, dah tahu jangan buat).

Bela ikan ni seronok, bila tengok ikan tu rasa macam tenang je... Tapi nak basuh air tu yang malas!haha..kadang air kotor buat-buat tak nampak je.. Belilah penapis(filter)air yang bagus sikit kalau tak nak basuh setiap minggu..tanya orang kedai tu akuarium kalau 2 kaki nak pakai penapis atau pam air yang mana..kalau ikan kecil jangan beli pam air yang kuat sangat, nanti ikan kene sedut, boleh mati ikan tu.




Ini perkongsian saya harini..beli ikan, jangan sampai siksa ikan.. jumpa lagi!

Sekian.

Kedai Ikan Hiasan Jalan Pasar, Pudu Sep 2019
Ikan Hiasan : Permulaan Yang Patut Dibeli Sebelum Bela IkanHiasan

Muhasabah diri : Jangan meninggi diri

JANGAN MENINGGI DIRI

Manusia yang hebat apabila dia mengaku akan kesalahannya,
Jangan malu untuk mengaku kesalahan..
Kerana bila kita malu untuk mengaku,
Maka kitalah manusia yang paling ego.

Jangan terlalu ego dalam diri,
Kelak ego itu menjadi tinggi..
Jangan biarkan ia tinggi,
Kelak kita meninggi diri.

Jangan terlalu meninggi diri,
Kerana ia akan semakin tinggi..
Takut terlalu tinggi..
Nanti jatuh akan membunuh diri.

Cukuplah menjadi insan dunia,
Yang tahu erti manusia..
Manusia adalah insan yang melakukan kesalahannya,
Maaf dan memaafkan itu lebih baik untuk diri kita.

Merendah diri adalah terbaik buat kita,
Orang lain juga ada betulnya..
Kita mungkin perlu melihat kesalahan kita,
Betul dan salah itu adat manusia.

Saya menulis bukan untuk menuding jari,
Jari saya ada sepuluh jari..
Mungkin yang menuding itu satu jari,
Sembilan lagi balik pada diri.

Saya tidak pandai berkata-kata,
Hanya sekadar lintasan saja,
Saya harap semua boleh terima,
Ini ikhlas dari saya untuk saya dan untuk kita semua.

Terima kasih daun keladi,
Jangan ada yang terasa hati..
Tulisan saya sekadar kepuasan diri,
Mungkin akan menulis lagi. InsyaAllah.

SEKIAN itu penutup kata..
Dan ini penutup saya.


Muhasabah Diri : Nikmat Tuhan
Puisi - Patriotik : Merdeka Ke-62

JOM BERKEBUN! : Pengenalan

BERKEBUN.. HOBI, SIHAT..........KEPERLUAN?

Bagi saya berkebun bukan sekadar hobi atau untuk sihat tapi berkebun ini sudah menjadi suatu keperluan untuk mereka yang ada halaman. Dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini, ramai orang mula bercucuk tanam untuk diri sendiri..
Saya faham mereka yang tiada ruang seperti rumah flat/apartment/rumah teres dan sebagainya.. Tapi sekurang-sekurangnya bila nak masak steak, lamb chop boleh petik rosemary, thyme, parsley atau jenis-jenis herba untuk masak..tidak perlu untuk ke kedai beli. Jangan ambil pasu yang besar, biar muat-muat dekat dapur atau balkoni(Ala..cakap bolehla, mana ada tempat..tak rasa boleh la cakap). Saya cakap berdasarkan pemerhatian saya dalam group facebook, ramai saja yang duduk dibandar halaman/ruang kecil, tapi sebab nak tanam, bermacam cara atau kreativiti yang mereka cuba dan hasilnya sangat cantik,lebih cantik dari yang ada halaman besar. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Disebabkan ruang yang terhad mereka boleh tanam pokok yang diperlukan saja.. Tapi sekurang-sekurangnya mereka mencuba.

 Ini contoh pasu/bekas yang boleh digunakan.. Kecil je.. Sebab kita tak pakai banyak pun.







 Sesiapa yang mempunyai balkoni besar sikit, bolehlah cuba.
Tanam pokok sendiri ni kita tahu sumbernya dari mana, baja apa yang digunakan, pokok berpenyakit atau tidak.. Kalau dikedai atau pasaraya, sayur-sayur letak bawah sehingga ada yang terpijak, dilangkah-langkah.. Bukan itu saja, banyak sangat dah keluar berita, tikus dalam tempat sayur-sayur ni. Bukan sekali dua.
KALAU BOLEH..tanamlah sendiri sayur-sayur. Bukan pakai banyak, sekadar untuk keperluan keluarga..Tapi itu semua kena kehendak diri sendiri, orang boleh cakap tapi kita yang nak buat..tanam pokok sayur yang tidak perlu ruang yang banyak..Seperti sawi/bayam/salad/kangkung. Siapa suka ulam boleh tanam selasih/kesum/ulam raja.

Ada banyak cara nak tanam pokok ni.. Sama ada dalam pasu atau boleh buat hidroponik/aquaponik. Hidroponik/aquaponik ni pun sesuai untuk siapa yang tidak mempunyai halaman/atau ruang yang besar.























Banyak cara untuk tanam pokok, dari sekala yang besar hingga ke kecil..Semua bergantung pada kreativiti. Selain itu, kita dapat menyumbang sesuatu yang berharga iaitu alam sekitar. Ya, alam sekitar sangat penting dizaman serba moden ini..banyak banggunan tapi sedikit pokok boleh menyebabkan pemanasan global.."Dewasa ini kita saling merayakan, kejayaan yang akhirnya membinasakan".. Tidak apa kalau dapat sumbang sikit..yang penting kita sumbang..dapat pahala.

"Bumi tiada udara, Bagai tiada nyawa".....
"Bumiku yang kian pudar...Siapa yang melihat...Dikala kita tersedar... mungkinkah terlewat"

Manusia perlukan bumi untuk hidup, tapi bumi tidak perlukan manusia untuk hidup..Bahkan bumi lebih aman tanpa manusia..
JOM BERKEBUN!

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Maaf sekiranya ada yang salah.. Saya manusia biasa.. suka menulis, kadang lupa untuk berfikir..

Sekian..


Hidroponik : Pengenalan
Hidroponik : Jom Buat Sendiri-(DIY) Bekas Hidroponik
Hidropnik : Percubaan Pertama Kali

Apa Yang Perlu Sebenarnya Untuk Permulaan Membela Ikan Hiasan?

Assalammualaikum, salam sejahtera. Kali ini saya nak kongsikan, Apa Yang Perlu Sebenarnya Untuk Permulaan Membela Ikan Hiasan? ...