Assalammualaikum.. Selamat Sejahtera
Harini saja nak update tentang kedai ikan hiasan yang mana sebelum ni saya pernah kongsi..
KEDAI HIASAN PASAR PUDU MASIH HIDUP?
Jawabannya YA.. masih hidup dan wujud.. tapi nak kata meriah macam 10 tahun lepas, tidaklah..
Kalau dulu sepanjang tepi-tepi jalan tu ramai je orang buka kedai jual ikan dalam besen, tapi sekarang tak ada dah.. tapi masih banyak lagi lah..
(Auto Feeder) Pembelian
Ok, entry ni nak kongsi gambar-gambar PASAR PUDU FEB 2018......
Ni kedai paling banyak jual ikan, harga pun murah jugalah.
RM1?!
Yang ni cantik, Tapi ikut nasib, kadang ada, kadang tak ada.
Banyak pilihan! Pilih je!
Guppy.. Harga lain-lain.. ada yang mahal, ada yang murah.. Kalau campur dengan ikan lain, hilang ekor dia..haha.
Ni salah satu ikan yang agresif, suka gigit ikan lain.. kalau duduk dengan guppy memang rosak ekor si guppy tu dia kerjakan.. Dah lah beli guppy nak tengok ekor dia.
Ikan koi, Ikan mas.
Kedai ni banyak jual makanan ikan hidup, ni semua rm2..
Kadang kedai ni ada jual ikan Tilapia besar.. Ikut nasib la..
Tapi ikan Keli jenis kecil- kecil tu selalu.
Kedai ni banyak guppy, tapi tak boleh pilih.
Kedai ni pula jual ikan dan barang-barang haiwan peliharaan
Kedai ni kedai pertama yang kita akan jumpa.. Ikan koi, ikan mas murah.. tapi jangan bezakan ikan koi kedai ni dengan ikan koi jepun dan lain-lain la..
Siapa nak beli ikan hiasan atau barangan haiwan peliharaan bolehlah pergi ke pasar pudu..
Bukanlah nak promosi sangat, saya pun tak ada kedai kat pasar pudu tu.. Cuma teringat zaman budak-budak je.. Harini beli esok mati.. harini beli, minggu depan tukar air, ikan mati. Beli ikan laga, tengok ikan tu berlaga(jangan laga ikan, dosa.. tak tahu tak apa, dah tahu jangan buat).
Bela ikan ni seronok, bila tengok ikan tu rasa macam tenang je... Tapi nak basuh air tu yang malas!haha..kadang air kotor buat-buat tak nampak je.. Belilah penapis(filter)air yang bagus sikit kalau tak nak basuh setiap minggu..tanya orang kedai tu akuarium kalau 2 kaki nak pakai penapis atau pam air yang mana..kalau ikan kecil jangan beli pam air yang kuat sangat, nanti ikan kene sedut, boleh mati ikan tu.
Sekian.
Kedai Ikan Hiasan Jalan Pasar, Pudu Sep 2019
Ikan Hiasan : Permulaan Yang Patut Dibeli Sebelum Bela IkanHiasan
tutup pukul brape ye
ReplyDeleteTutup dalam pukul 5.. tapi pergi sebelum pukul 4.30, takut pekedai dah kemas-kemas.
DeleteHarini kedai ikan bukak tk?
ReplyDeleteMaaf lambat reply.. Biasanya kedai setiap hari buka, cuma ada kedai-kedai yang tutup pada hari tertentu je.. tapi kebiasaannya memang kedai buka.
Deletebes plak tgk. tgh cari ikan hiasan yg xperlu guna oksigen..
ReplyDeleteMaaf lambat reply.. Banyak sebenarnya ikan hiasan tak perlu oksigen ni.. Guppy salah satunya..ada orang bela guppy dalam bekas saja..kalau takut oksigen tak cukup, beli pokok-pokok hidup.. Atau boleh cuba ikan laga.. :)
DeleteNak search apa eh untuk kedai ikan ni?? dalam waze tak de pun
ReplyDeleteBoleh ikut Jalan Pasar atau cari Alive Aquarium & Pet atau cari Market Mall Pudu.. Harap dapat jumpa, kalau ada apa-apa boleh tanya :)
DeleteDriftwood kayu hiasan dlm akuarium tu ade jual x kat sini?
ReplyDeleteKayu hiasan ada jual.
Deletetutup pukul bape
ReplyDeleteTutup dalam pukul 5 macam tu.. tapi biasanya pukul 4.30-4.45 pekedai yang mula kemas.
Deletekalau weekend buka pukul berapa?
ReplyDeleteBiasanya buka pukul 9:00.
Deleteahd bka x??
ReplyDeletePudu tu buka setiap hari, cuma ada kedai-kedai yang cuti..
DeleteAda kedai cuti hari isnin, ada kedai cuti hari rabu..
Tapi sabtu ahad semua kedai buka.
Parking senang tak ?
ReplyDeleteParking berbayar ada.. Kalau naik motor, boleh parking depan kedai.
DeletePublic holiday biasanya kedai bukak x
ReplyDeleteMaaf lambat balas..
DeleteBiasanya buka.. tapi ada kedai yang tutup.
belakang pejabat pos ke?
ReplyDeleteMaaf lewat balas..
DeleteBetul..belakang Pos.
Cuti perayaan buka tak
ReplyDeleteMaaf lewat balas..
DeleteAda kedai yang buka, ada yang tutup.
Ikan kaloi ada berapa jenis jual kat sini
ReplyDeleteMaaf lambat balas.. Tak pastilah..tapi ada juga orang jual.
DeleteAda jual bloodworm tak kat kedai tu
ReplyDeleteMaaf Lambat balas, rasanya ada.
DeletePukul brp buka?
ReplyDeleteBiasanya buka lebih kurang dalam pukul 9.
DeleteMaaf En
ReplyDeleteAda tak yg wat jualan ikan online?
Maaf, lambat balas.
DeleteAda juga yang buat jual ikan secara online. Tapi tengok ikan juga. Biasanya yang saya tahu ikan laga, guppy, ada yang jual online. Boleh cari dekat Facebook, cari group yang jual ikan.
Udang ii macam cherry shrimp cemtu ada tak jual
ReplyDeleteMaaf, lambat reply..
DeleteDekat pudu rasanya macam tak ada, atau boleh cuba tengok kat Alive Aquarium & Pets.
ReplyDeleteWhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
Telephone..Number:[+60]1123759663
email:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
Salam .. apa nma ig abg .. ada ? Nk tngok gmbr ikn2 abg
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAda tak senarai ikan-ikan yang tak perlu oksigen?
ReplyDeleteSenarai harga ikan
DeleteKalau pergi kedai nanti, tanya saja taukey kedai ikan, nanti dia bagatahu ikan apa yang tak perlu oksigen. Cuma kalau boleh, gunalah oksigen dengan filter tu sekali. Kalau tak salah murah saja, dalam RM20 ke bawah.
DeleteNk tau, area situ selain ikan hiasan, kura kura ada jual ke??
ReplyDeleteMaaf terlewat balas.
DeleteYa, dekat sana ada banyak kedai jual kura-kura. Kalau tuan rajin melintas jalan, ada nama kedai Alive Aquarium & Pets pun ada jual. Boleh tengok harga mana yang murah dan elok.
Harap dapat jawab soalan dari tuan. Terima kasih sudi singgah blog ini.. :)
Hai admin, masa mco kedai ne bukak tak? Kalau bukak,ada jual udang hiasan tak?
ReplyDeleteHai Vergil, maaf sepanjang PKP ni saya tak kesana lagi.. Tapi rasanya buka.. Udang hiasan? Kalau lobster tu ada, tapi kalau udang hiasan yang jenis kecil berwarna-warna tu saya tak pasti. Sebab tak pernah lagi nampak ada orang jual.. Tapi boleh cuba ke sana.. Kat sana ada satu kedai nama dia Alive Aquarium & Pets, seberang jalan sebelah parkir kereta.. Tuan boleh cuba tengok kat situ, rasanya macam ada. Harap jawapan saya membantu. :)
Delete