Ikan Hiasan : Kedai Ikan Pasar Pudu Edisi Khas


Assalammualaikum, Salam Sejahtera..


Sebelum saya tulis panjang lebar, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pembaca-pembaca blog saya, yang sudi membaca.. ada yang komen, tanya soalan.. Saya bukanlah mahir sangat tentang blog ni, ada tulisan-tulisan atau bahasa yang saya cuba baiki.. Dan saya bukan mahir atau pakar soal ikan hiasan ni, sekadar pengalaman saja..saya cuma kongsi pengalaman dari penglihatan saya. Saya harap saudara-saudari sudi baca blog saya..

(Boleh lihat entry tentang ikan hiasan sebelum ini..)
Ikan Hiasan : Kedai Ikan Hiasan
Ikan Hiasan Bahagian 2
Ikan Hiasan Bahagian 3 : Guppy, Lampam, Tiger Barb, Swordtail
Kura-Kura dan Ikan Hiasan
Ikan Hiasan : Kedai Ikan Pasar Pudu Feb 2018

TERIMA KASIH..


Balik kepada tajuk asal..
Ada yang tanya saya macam mana nak pergi kedai ikan hiasan pasar pudu ni? kedai buka atau tutup jam berapa.. Ada parking atau tidak.. Saya akan jawab dalam entry ini..(apa yang saya tahu dan lihat)

Pasar pudu ni kat mana?
Mana yang ada internet ni buka je google map "Jalan Pasar".. mana yang tak tahu, boleh cari laluan nak ke bomba pudu atau Pos Malaysia pudu.. Atau boleh cari Market Mall Pudu.


Kedai buka atau tutup jam berapa?
Ikan Hiasan pasar pudu ni buka se-awal 8.00pagi dan tutup jam 5.00 petang.
Tapi janganlah pergi pagi sangat, kedai baru nak buka..saya pernah jam 8.30, pekedai tengah susun-susun barang lagi.. dan jangan pergi lewat sangat pula, nanti terkejar-kejar nak beli barang sebab pekedai akan mula berkemas untuk tutup kedai.. kalau boleh pergi sebelum jam 4.30.











Ada parking tak?
Ya, ada parking..TAPI, berbayarlah.. kalau tak sayang duit boleh je parking dibahu jalan tu.
Ada parking bayar RM5/sekali masuk, ada yang RM5/jam, ada juga parking DBKL bayar mesin tu RM1.50/jam(kalau tak salahlah), jarang parking sebab susah nak dapat.
Siapa yang naik motorsikal tu boleh je parking depan 99 Speedmart atau parking depan kedai, tapi parking fikir orang lain juga, jangan ikut sendiri je..sebab pernah tengok orang naik motor parking tengah jalan, disebabkan dia kereta lain tak boleh jalan.. jalan situ agak sibuk sikit, banyak lori keluar masuk.


Sesiapa yang bawa kereta, boleh parking sini..dekat sikit

Yang motor pula boleh parking depan 99speedmart












Tambahan... Beli ikan tengok semua kedai, mana yang murah.. Lihat betul-betul ikan yang dibeli, takut ikan dalam keadaan"nyawa-nyawa ikan"..
Aksesori pilih yang elok-elok..jangan sebab murah kita tibai je beli.. balik rumah barang tak bagus, menyesal pula.



 Kalau nak beli filter, pump, atau apa-apa yang patut.. Boleh beli kat sini. Kalau nak beli filter atau pump, tanya orang tu apa yang sesuai untuk akuarium kita.











Rasanya sampai sini saja kot entry saya kali ni.. Terima kasih sekali lagi kerana sudi baca.. Kalau ada apa-apa, leh tanya..maaf kalau lewat reply

6 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian bro..

    ReplyDelete
  2. best info ni..tp bos tau x kedai mne jual kutu air ?hari tu pegi x jumpe pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Lambat reply.. Kalau dari jalan masuk tu kalau tak salah kedai no 3 belah kiri, kedai dia kecil je.. kena cakap nak kutu air..cacing pun ada..kedai dia ada jual daun ketapang.

      Delete
  3. pigi malam pkl 8 ada buka ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat balas.. biasanya kedai ikan pukul 5 sudah tutup.

      Delete

Apa Yang Perlu Sebenarnya Untuk Permulaan Membela Ikan Hiasan?

Assalammualaikum, salam sejahtera. Kali ini saya nak kongsikan, Apa Yang Perlu Sebenarnya Untuk Permulaan Membela Ikan Hiasan? ...