Ok, harini hari pertama dan entry pertama untuk saya. Baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogger ni.
Kalau ada salah silap atau bahasa salah tolong tegur.
Entry pertama ni saya nak kongsi hobi sejak kebelakangan ni. Ikan Hiasan.
(Blog ni bukan tentang ikan, tapi tentang apa saja yang hati saya nak sampaikan dan tangan untuk menulis(menaip).Sekian)
Sejak kebelakangan ni tiba-tiba je rasa nak bela ikan(mungkin sebab tertengok youtube pasal ikan dan cara nak hias akuarium kot)lawa kot dorang hias. Hobi ni kebiasaannya datang dan pergi, tapi yang datang kali ni hobi bela ikan..haha.
Ok,saya tak pandai nak tulis panjang lebar ni. Saya nak kongsi kedai-kedai ikan hiasan yang saya tahu.
Pertama, JALAN PASAR, PASAR PUDU.
Jalan Pasar ni sangat terkenal dari dulu dan menjadi kenangan untuk orang umur 30 tahun keatas ni..haha.
"teringat zaman dulu aku lepak sini la beli ikan laga balik laga dengan kawan, ikan mati" dan macam-macam lagi la..(mungkin tempat lepak bila ponteng sekolah).
Disini juga terkenal dengan harganya yang sangat murah hingga harga yang sangat mahal(rm0.80-ribu-ribu). Siapa yang suka tawar menawar ni memang inilah tempatnya.
Akuarium 2kaki..harga rm45,minta kurang dapat rm40. Ok la kot?
Tapi disini bukan jual ikan hiasan je, haiwan-haiwan dan barang-barang lain pon ada gak. Seperti kura-kura, barangan untuk kucing, burung, dll
Kedai ni banyak aksesori.
Aksesori ikan ada, untuk kucing pon ada
Saya beli tempat letak kucing(sederhana besar) tu harga sepatutnya RM75, minta kurang dalam RM65. tak tahu la murah ke mahal, sebab tak pernah beli.
Banyak kedai dekat sini, kena rajin tengok satu-satu buat perbandingan harga kalau nasib baik dapat murah. Tapi sini susah nak cari tempat letak kereta, lagi-lagi yang bawak kereta. Kalau ada pon berbayar Rm5/sejam, mahal gila tapi ada je orang letak kereta tepi-tepi jalan, kalau takut kena saman janganlah buat. Kesimpulannya, masuk je lah tempat letak kereta berbayar tu, elok-elok RM5 nanti kena saman lagi banyak nak bayar. Jangan sebab nak jimat RM5, nanti rugi RM150 pula.
Kedua kedai Alive Aquarium & Pets
Alamat 10, Jalan Pasar, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.(seberang jalan)
Kedai ni sangat disyorkan(recommended)
Tauke dan pekerja sangat peramah, harga boleh berunding.
Memang selalu datang beli barang kat sini, selesa sikit. Kedai pun besar.
Kedai ni ada dua tingkat, boleh turun tangga untuk ke aras bawah.
Memang banyak aksesori, Ikan Hiasan pon banyak.
Ketiga kedai A.K.S Akuarium
Alamat 24, Jalan Yap Ah Shak(dekat dengan Jalan Doraisamy)
Ok, ni kedai ikan kawasan Chow Kit, sesiapa yang duduk kawasan Chowkit, Kg.Baru dan yang berdekatan boleh kesini. Saya tak tahu kalau kedai ni orang ramai tahu atau tidak sebab kedainya macam tersembunyi sikit. Tapi kedai ni memang dah lama. Orang-orang lama yang kenal kedai ni bolehlah kongsi kedai ni tahun bila.
Kedai ni dulu(3-4tahun lepas) ikan dan aksesori banyak, tapi haritu pergi dah tak banyak. Ikan pon beberapa jenis je. Mungkin stock ikan tak sampai atau dah kurang pembeli tapi kalau nak beli biasa-biasa ada je barang kedai ni jual, akuarium pon ada, makanan ikan pon ada. Harga pon ok.
Keempat kedai terakhir KS Aquatic And Pets Shops
Alamat No.8, Jalan AU 1A/4A, Taman Keramat Permai, 54200, Kuala Lumpur.
Sesiapa yang kawasan keramat, setiawangsa dan sekawasan denganya boleh singgah sini.
Peminat pancing pon boleh kesini, sebab banyak aksesori pancing kat sini, macam joran, umpan tiruan, reel, banyak lagi la, tak reti nak sebut.
Hamster pon ada, comel-comel..haha.
Sini ada jual makanan hidup untuk santapan ikan.
Ok, ini saja dapat saya kongsi kali ni. Entry seterusnya saya akan kongsi ikan yang saya beli, DAN ikan yang telah banyak mati..haha.(memang banyak pun)
Salah silap mohon maaf, kalau ada bahasa-bahasa yang salah atau penggunaan bahasa yang tidak sesuai tolong tegur.
TEGUR BUKAN MAKI..haha
Singgah-singgahlah baca.
Sekian.....
Kedai Ikan Hiasan Jalan Pasar, Pudu Sep 2019
Ikan Hiasan : Permulaan Yang Patut Dibeli Sebelum Bela Ikan Hiasan
Terima kasih di atas perkongsian. Saya pun semenjak dua menjak ni selalu ke Jalan Pasar tengok ikan hiasan. Tapi saya tak perasan lah pula Alive Aquarium tu. Hmmm.. petang nanti saya nak cari.
ReplyDeleteTerima kasih sekali lagi!
Sama-sama.. Maaf sebab lambat reply.. Alive aquarium tu memang bagus, sangat peramah, barang pun murah..tapi ada yang mahal..kalau beli yang mahal-mahal tu jangan lupa minta kurang.
DeleteNo ws
Deletexperasan kdai2 dkt pasar pudu tu. ape landmark yg senang ye nk kesana?
ReplyDeleteDekat dengan POS MALAYSIA PUDU, BALAI BOMBA PUDU.. Kalau dari Jalan Tun Razak, masuk bulatan Kg Pandan.. Pastu hala ke Jalan Cochrane.. Kalau belok kiri ke Ikea.. Jangan belok kiri! belok ke kanan(JALAN PASAR).. terus je sampai nampak kedai jual-jual barang.. nanti jumpa kedai ikan(belah kiri).
DeleteWs sy bos 0164235756 lokasi tempat tuan.. Sy xbrpe thu lokasi.. Send location
ReplyDeleteSelalu gi pasar pudu beli betta ngan ikan mas... Murah..
ReplyDeletebetul tu.. ikan memang murah.. siapa yang baru-baru nak bela ikan atau ada anak yang nak ikan hiasan, baik ke pasar pudu.. bukan apa, kalau mati pun, taklah ralat sangat sebab ikan dan barang-barang murah.
Deletetutup pukul berapa
ReplyDeleteRasanya pukul 5 macam tu lah..tapi kalau nak pergi, pergi sebelum pukul 4.30,bukan apa takut pekedai tengah kemas-kemas nak tutup kedai.
Deletesabtu ahad bukak ke kedai kat pudu ni?
ReplyDeletePudu buka setiap hari.. Tapi dalam seminggu tu ada kedai yang cuti sehari.. Ada yang cuti isnin ada cuti hari lain.
DeleteMoto sng x parking? Ade risiko saman or tunda x? Xbiasa jln kl.
ReplyDeleteMoto ada tempat parking atau parking je depan kedai, tapi jangan sampai halang laluan je.. Kalau naik kereta jangan parking tepi jalan, memang kawasan kena saman situ.. ada tempat parking berbayar, RM5/per entry.
DeleteTq bloger share good information. Sy br nak berjinak cr akuarium murah n ikan2.
ReplyDeleteSama-Sama..
DeleteTerima kasih sudi baca blog saya..
Bolehlah ke pasar pudu nanti cari akuarium dan ikan murah2.
salam sejahtera ... saya disini ingin menjual ikan arowana high back 7 bulan ... sekali dengan aquarium saya nk jual rm 300 sahaja.
ReplyDeletePernah dgr kedai akuarium Kin Fatt di Kepong?
ReplyDeleteDi situ byk barangan murah dari harga pasaran. Termasuk harga ikan pun murah. Cth Azoo Plus Arowana Vitamin 500ml di Shopee/lazada harge dlm rm40 - rm50. Di kedai lain paling mahal dijual rm55. Tapi kedai ni jual rm35 shj. Memang murah.
Maaf lambat reply..
DeleteTak pernah dengar lagi..
Terima kasih bagi info pasal kedai ni..
InsyaAllah boleh jalan-jalan tengok ikan kat sana.
Kalau ada nama kedai ikan hiasan yang murah-murah, boleh la kongsi lagi.
Wahh, Ada jugak Kali disini.. Nak join sekali boleh tak? Nak kena daftar ke
ReplyDelete.. hehe... Menarik tu arowana.. Ada lagi tak agak agak..
salam tuan tanah..nk tny..kedai KS Aquatic And Pets Shop tu ade ke jual mknan hidup utk ikn guppy @ laga ?cth cm kutu air ke
ReplyDeleteMaaf lambat reply.. Situ tak ada jual makanan hidup.. Kalau nak ada kat pasat ikan dalam tu..kutu air.
DeleteNice info bro
ReplyDeleteTerima Kasih.
Deleteassalamualaikum bang...just nak tambah info (tumpang tepek hehehe). saya advice sape nak beli kat jalan pasar pudu, g kat kedai pertama sebelah kanan, kedai kedua sebelah kiri, kedai keempat dan ke tujuh belah kiri mengadap ke dalam. kedai pertama dan ketiga sebelah kiri saya x advice pergi sebab tauke dia cakap kurang ajar dan sangat sombong.
ReplyDeleteWaalaikummusalam, Silakan tambah info dan pandangan, sangat dialu-alukan..hehe.
Deletebab yg tokey kuang ajo tu betul..nak2 kedai no 3..aku hrtu ty skit ja..tp jwb samseng..eh..hilang akal apa dia
ReplyDeleteYeke? Bagus untuk info orang-orang baharu yang nak ke sana.. Boleh baca komentar-komentar yang ada ni.
DeleteAda jual ikan arwana golden black, golden blue, atau super red
ReplyDeleteTidak pasti, tapi kalau Arwana Silver/Gold ada kedai yang jual. Tapi rasanya kedai belakang sekali(Jalan Pasar Pudu) ada jual banyak jenis arwana dan lagi satu boleh tengok dekat kawasan orang buka kedai tepi jalan tu.. Kedai tu pun banyak jual ikan besar-besar.
DeleteMaaf kalau tersilap.
ASSALAMUALAIKUM... saya nak tanya... Encik Wanz Ramli tahu x sesape yang boleh membeli ikan hiasan yang banyak...sebab kini saya dan keluarga sedang mencari pihak yang boleh membeli aquarium2 dan ikan2 hiasan kami serta boleh dipercayai... terima kasih
ReplyDeleteWaalaikummusalam.. Maaf, saya tak tahu.. Tapi cuba tanya kedai-kedai jual ikan hiasan, biasanya kalau kita jual harga borong/murah mereka akan beli. atau cuba tanya kat group facebook berkenaan dengan ikan hiasan. Biasanya ada saja orang nak beli.
DeleteBoleh saya tahu ikan apa yang nak dijual tu?
mana lagi ada kedai ikan hias besar dan lengkap
DeleteKalau kedai sebanyak di Pasar Pudu, rasanya macam tak ada. Tapi kalau kedai-kedai biasa itu, ada.
Deleteoksigen dlm gambar tu macam nak tahu dia berfungsi atau tidak
ReplyDeleteYang DoPhin tu ke? Kalau yang tu, kalau filter tu sedut air, maknanya filter tu sudah berfungsi.
Deleteoksigen dlm gambar tu macam nak tahu dia berfungsi atau tidak
ReplyDeleteBela ikan ni bukan lebih kepada hobi tapi kasih sayang. Hobi boleh datang dan pergi. Kalau ikan mati pun tak rasa sedih sebab ianya hanyalah 'hobi'.
ReplyDeleteBetul tu.. Bagi saya, ianya pada mula hobi, tapi mesti ada kasih sayang supaya hak ikan tu tak terabai.
Deletesaya baru mahu bermula dlm perniagaan ikan hiasan,boleh saya tahu mana boleh saya dptkan nombor telefon pembekal ikan hiasan?tq
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah diblog saya..
DeleteMaaf, yang ini saya tak pasti, sebab saya selalu beli sahaja. Kalau tuan kawasan Kuala Lumpur, boleh cuba ke Jalan Pasar, Pudu. Di sana banyak ikan-ikan murah. Mungkin kalau tuan beli banyak, akan lebih murah.
Saya harap saya dapat jawap soalan tuan dan ada sedikit manfaat dalam tulisan saya ini.