Assalammualaikum, Salam Sejahtera
Seperti yang dijanjikan entry saya kali ini akan kongsikan ikan, akuarium, dan ikan guppy
Ikan Guppy ni terkenal sifatnya yang suka atau senang beranak, lagi-lagi kalau betina dan jantan tu dah selesa bersama.. Kebiasaannya guppy mengandung 21-30 hari atau kadang lebih dan pertama kali guppy ni beranak anaknya kebiasaan sikit mungkin 6-10 ekor tapi kalau dah dua-tiga kali beranak dia akan melahirkan anak 2-100 ekor, banyak bukan? Pada awalnya seronok tapi kalau dah 20 ekor, nak letak mana.. Tapi tak semua akan hidup. Sebab ikan Guppy betina ni juga ada sifat suka makan anak dia yang baru lahir. Sepanjang pembacaan saya ikan Guppy ni tekanan mungkin faktor lapar, suasana jadi disebabkan tekanan dia makan anak dia..anak dia tak sempat nak lari kot..aduh,kesian betul.
Ikan Guppy juga dikenali sebagai Millionfish atau Rainbow fish.. Kerana sifatnya yang suka atau senang beranak dan warnanya yang cantik. Ikan Guppy yang biasanya kita beli atau tahu yang harga murah-murah ni RM0.80-RM1.00, tapi sebenarnya Guppy ni bermacam-macam jenis harganya pula se-ekor RM2-3 pun ada..nampak macam murah,tapi mahal jugalah nak dibanding dengan ikan lain..mungkin ada yang lagi mahal dari tu, kalau ada sesiapa tahu harga Guppy atau kedai mana jual bolehlah kongsi, saya pun nak tahu juga.. Biasa beli yang harga RM2-3 sebab warnanya cantik.
Ni contoh jenis-jenis;
Cantik bukan? Selama ni beli yang murah-murah atau biasa- biasa je..yela dulu bela ikan bukan tahu pun jenis ikan-ikan ni..beli letak dalam akurium bagi makan pastu biar.
Ok, ni saya kongsikan akuarium dan koleksi ikan saya.
Ni akuarium saya beli berukuran 24x12x15(2kaki)..
Beli dekat Jalan Pasar, Pudu. Cewaah konon-kononnya nak nampak cantik la(bukan cantik pun).. tak pa,baru nak berlajar.
Lepas cuci akuarium kali pertama, Rasa macam menyesal pun ada buat benda ni, berjam-jam buat hanya sekali basuhan je habis semua.
(Batu Akuarium)Pembelian
Koleksi ikan dalam Akuarium, tak banyak ikan pun
Guppy, Tiger Barb, Lampam, Swordtailfish.
Ni ikan Tiger Barb, agresif.. Suka gigit ekor Guppy.. Saya tak tahu pengalaman orang lain bela, pengalaman saya ikan ni suka gigit ikan lebih kecil dari dia.. Tapi bila dah lama-lama tengok macam dah tak agresif, mungkin tak biasa lagi kot.. Yela kat kedai mana ada campur-campur ikan, kejutan budaya la bila bercampur. Sebenarnya ikan ni pon banyak jenis..tapi tak pernah tengok lagi orang jual jenis lain. Harga ikan ni RM0.80 je, murah..Beli 10ekor lagi murah..TAPI nak letak mana 10 ekor tu? JANGAN BELI IKUT NAFSU. Seperti penulisan entry saya sebelum ni dalam pemilihan ikan.
Ikan Guppy
Ni salah satu jenis koleksi ikan Guppy yang cantik saya ada.. Sebelum ni ada juga, mana tah hilang..bangun esok hari terus hilang..mungkin kena makan dengan Si Lampam tu.
Ni dalam proses nak melahirkan anak. Guppy yang nak melahirkan anak ni kena asingkan..kalau tidak habis anak dia dimakan ikan lain atau dimakan maknya sendiri. Bekas ni dipanggil "breeding box".. bila maknya melahirkan anak, anak akan lari pergi ke bahagian bawah.. boleh lihat bahagian bawah ada anak dia.. Tapi mak Guppy ni akan mengalami tekanan yang serius sehingga menyebabkan kematian selepas melahirkan anak.. jadi hati-hati kalau nak guna "breeding box" ni..
Kalau tak nak guna pun boleh, tapi dalam akuarium tu kena letak pokok-pokok supaya anak dia boleh lari sembunyi celah-celah daun.
Tengoklah perut ikan Guppy ni.. Besar betul.
Ok, ni video ikan Guppy saya melahirkan anak.. -21/3/2017-
Tengok dia nak makan anak dia...
Sibuk je ikan oren tu.. suka sangat jaga tepi kain orang..haha..
Tapi sebenarnya ikan oren tu nak makan anak dia!
Ni ikan oren yang sibuk jaga tepi kain tu.. Lepas Guppy tu beranak, ikan oren ni pula beranak..
Tengok dia makan anak dia.. Ikan ni pun suka makan anak dia..
Disebabkan ikan ni banyak makan anaknya, anaknya yang hidup sikit je.. dalam 5-6 ekor je.
(Video Kurang Jelas..)
(Breeding Box) Pembelian
Ikan Lampam
Ikan ni senang nak bela, tapi hati-hati kalau nak campur ikan kecil.. habis hilang nanti.
Ok, sampai sini saja entry saya kali ni.. Saya bukan mahir dalam bidang Ikan Hiasan ni.. cuma kongsi apa yang saya tahu saja..
Salah silap mohon maaf, tolong tegur kalau ada bahasa-bahasa yang tidak sesuai..
Sekian....
Kedai Ikan Hiasan Jalan Pasar, Pudu Sep 2019
Ikan Hiasan : Permulaan Yang Patut Dibeli Sebelum Bela Ikan Hiasan
Hi.. Ikan tiger barb perlukan oksigen ke tidak jika bela dlm akuarium
ReplyDeleteHai.. Terima kasih kerana sudi baca blog saya..
DeleteKadang ikut pada ikan tu sendiri.. Kalau ikan tu mampu untuk hidup tanpa oksidegn atau tidak. Saya tak berani nak kata, tapi kalau ikan tiger barb ni biasanya jenis ikan tahan lasak.
Kadang orang kata ikan A tak perlu oksigen, tapi kita bela tak ada oksigen, ikan A tu mati. Ada pula orang kata ikan B kena oksigen, tapi kita bela tak ada oksigen, tak mati. Kesimpulannya ikut pada ketahanan diri ikan tu sendiri. Tapi kalau boleh, saya cadangkan, guna oksigen. Beli filter yang boleh buat buih tu, rasanya dalam RM15 je. Terima kasih :)
Salam, saya ada bela 4 ekor ikan barb. 2,3 hari ni saya tengok salah seekor darinya agak buncit, adakah ianya bunting, atau dia sakit? Dia kelihatan lebih bulat berbanding kawan²nya. Apa perlu saya buat? Saya belanya dalam akuarium bersama ikan guppy
ReplyDeleteWaalaikummusalam.. Maaf, saya kurang arif bab ni.. Kadang ikan barb ni kuat makan sikit.. Kalau rasa macam terlebih bagi makan, kurangkan sedikit.
DeleteKalau yang lain, kena perhatikan ikan itu aktif atau tidak.. Kebiasaannya kalau ikan sakit, pergerakan dia kurang.
Kalau nak kata ikan itu bunting, kena tahu jantan atau betina.
Atau kalau takut dia sakit, atau betul-betul sakit, boleh asingkan ikan itu ke bekas yang lain dahulu, sebab takut berjangkit.
Sebenarnya agak sukar nak tahu ikan itu sakit atau tidak. Cuba biarkan sehari dua dulu, tapi perhatikan gerak ikan itu.
Maaf, saya harap ada sedikit manfaat dalam tulisan saya ini.