JANGAN MENINGGI DIRI
Manusia yang hebat apabila dia mengaku akan kesalahannya,
Jangan malu untuk mengaku kesalahan..
Kerana bila kita malu untuk mengaku,
Maka kitalah manusia yang paling ego.
Jangan terlalu ego dalam diri,
Kelak ego itu menjadi tinggi..
Jangan biarkan ia tinggi,
Kelak kita meninggi diri.
Jangan terlalu meninggi diri,
Kerana ia akan semakin tinggi..
Takut terlalu tinggi..
Nanti jatuh akan membunuh diri.
Cukuplah menjadi insan dunia,
Yang tahu erti manusia..
Manusia adalah insan yang melakukan kesalahannya,
Maaf dan memaafkan itu lebih baik untuk diri kita.
Merendah diri adalah terbaik buat kita,
Orang lain juga ada betulnya..
Kita mungkin perlu melihat kesalahan kita,
Betul dan salah itu adat manusia.
Saya menulis bukan untuk menuding jari,
Jari saya ada sepuluh jari..
Mungkin yang menuding itu satu jari,
Sembilan lagi balik pada diri.
Saya tidak pandai berkata-kata,
Hanya sekadar lintasan saja,
Saya harap semua boleh terima,
Ini ikhlas dari saya untuk saya dan untuk kita semua.
Terima kasih daun keladi,
Jangan ada yang terasa hati..
Tulisan saya sekadar kepuasan diri,
Mungkin akan menulis lagi. InsyaAllah.
SEKIAN itu penutup kata..
Dan ini penutup saya.
Muhasabah Diri : Nikmat Tuhan
Puisi - Patriotik : Merdeka Ke-62
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa Yang Perlu Sebenarnya Untuk Permulaan Membela Ikan Hiasan?
Assalammualaikum, salam sejahtera. Kali ini saya nak kongsikan, Apa Yang Perlu Sebenarnya Untuk Permulaan Membela Ikan Hiasan? ...
-
Assalammualaikum, Selamat Sejahtera. Ok, harini hari pertama dan entry pertama untuk saya. Baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogge...
-
Assalammualaikum, Salam Sejahtera Seperti yang dijanjikan entry saya kali ini akan kongsikan ikan, akuarium, dan ikan guppy Ikan ...
-
Assalammualaikum, Salam Sejahtera.. Entry kali ini saya nak kongsi tentang bela Kura-Kura dan Ikan Hiasan dalam satu akuarium.. Bo...
No comments:
Post a Comment