BERKEBUN.. HOBI, SIHAT..........KEPERLUAN?
Bagi saya berkebun bukan sekadar hobi atau untuk sihat tapi berkebun ini sudah menjadi suatu keperluan untuk mereka yang ada halaman. Dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini, ramai orang mula bercucuk tanam untuk diri sendiri..Saya faham mereka yang tiada ruang seperti rumah flat/apartment/rumah teres dan sebagainya.. Tapi sekurang-sekurangnya bila nak masak steak, lamb chop boleh petik rosemary, thyme, parsley atau jenis-jenis herba untuk masak..tidak perlu untuk ke kedai beli. Jangan ambil pasu yang besar, biar muat-muat dekat dapur atau balkoni(Ala..cakap bolehla, mana ada tempat..tak rasa boleh la cakap). Saya cakap berdasarkan pemerhatian saya dalam group facebook, ramai saja yang duduk dibandar halaman/ruang kecil, tapi sebab nak tanam, bermacam cara atau kreativiti yang mereka cuba dan hasilnya sangat cantik,lebih cantik dari yang ada halaman besar. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Disebabkan ruang yang terhad mereka boleh tanam pokok yang diperlukan saja.. Tapi sekurang-sekurangnya mereka mencuba.
Sesiapa yang mempunyai balkoni besar sikit, bolehlah cuba.
KALAU BOLEH..tanamlah sendiri sayur-sayur. Bukan pakai banyak, sekadar untuk keperluan keluarga..Tapi itu semua kena kehendak diri sendiri, orang boleh cakap tapi kita yang nak buat..tanam pokok sayur yang tidak perlu ruang yang banyak..Seperti sawi/bayam/salad/kangkung. Siapa suka ulam boleh tanam selasih/kesum/ulam raja.
Ada banyak cara nak tanam pokok ni.. Sama ada dalam pasu atau boleh buat hidroponik/aquaponik. Hidroponik/aquaponik ni pun sesuai untuk siapa yang tidak mempunyai halaman/atau ruang yang besar.
Banyak cara untuk tanam pokok, dari sekala yang besar hingga ke kecil..Semua bergantung pada kreativiti. Selain itu, kita dapat menyumbang sesuatu yang berharga iaitu alam sekitar. Ya, alam sekitar sangat penting dizaman serba moden ini..banyak banggunan tapi sedikit pokok boleh menyebabkan pemanasan global.."Dewasa ini kita saling merayakan, kejayaan yang akhirnya membinasakan".. Tidak apa kalau dapat sumbang sikit..yang penting kita sumbang..dapat pahala.
"Bumi tiada udara, Bagai tiada nyawa".....
"Bumiku yang kian pudar...Siapa yang melihat...Dikala kita tersedar... mungkinkah terlewat"
Manusia perlukan bumi untuk hidup, tapi bumi tidak perlukan manusia untuk hidup..Bahkan bumi lebih aman tanpa manusia..
JOM BERKEBUN!
PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN
Maaf sekiranya ada yang salah.. Saya manusia biasa.. suka menulis, kadang lupa untuk berfikir..
Sekian..
Hidroponik : Pengenalan
Hidroponik : Jom Buat Sendiri-(DIY) Bekas Hidroponik
Hidropnik : Percubaan Pertama Kali
No comments:
Post a Comment