Muhasabah diri : Jangan meninggi diri

JANGAN MENINGGI DIRI

Manusia yang hebat apabila dia mengaku akan kesalahannya,
Jangan malu untuk mengaku kesalahan..
Kerana bila kita malu untuk mengaku,
Maka kitalah manusia yang paling ego.

Jangan terlalu ego dalam diri,
Kelak ego itu menjadi tinggi..
Jangan biarkan ia tinggi,
Kelak kita meninggi diri.

Jangan terlalu meninggi diri,
Kerana ia akan semakin tinggi..
Takut terlalu tinggi..
Nanti jatuh akan membunuh diri.

Cukuplah menjadi insan dunia,
Yang tahu erti manusia..
Manusia adalah insan yang melakukan kesalahannya,
Maaf dan memaafkan itu lebih baik untuk diri kita.

Merendah diri adalah terbaik buat kita,
Orang lain juga ada betulnya..
Kita mungkin perlu melihat kesalahan kita,
Betul dan salah itu adat manusia.

Saya menulis bukan untuk menuding jari,
Jari saya ada sepuluh jari..
Mungkin yang menuding itu satu jari,
Sembilan lagi balik pada diri.

Saya tidak pandai berkata-kata,
Hanya sekadar lintasan saja,
Saya harap semua boleh terima,
Ini ikhlas dari saya untuk saya dan untuk kita semua.

Terima kasih daun keladi,
Jangan ada yang terasa hati..
Tulisan saya sekadar kepuasan diri,
Mungkin akan menulis lagi. InsyaAllah.

SEKIAN itu penutup kata..
Dan ini penutup saya.


Muhasabah Diri : Nikmat Tuhan
Puisi - Patriotik : Merdeka Ke-62

JOM BERKEBUN! : Pengenalan

BERKEBUN.. HOBI, SIHAT..........KEPERLUAN?

Bagi saya berkebun bukan sekadar hobi atau untuk sihat tapi berkebun ini sudah menjadi suatu keperluan untuk mereka yang ada halaman. Dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini, ramai orang mula bercucuk tanam untuk diri sendiri..
Saya faham mereka yang tiada ruang seperti rumah flat/apartment/rumah teres dan sebagainya.. Tapi sekurang-sekurangnya bila nak masak steak, lamb chop boleh petik rosemary, thyme, parsley atau jenis-jenis herba untuk masak..tidak perlu untuk ke kedai beli. Jangan ambil pasu yang besar, biar muat-muat dekat dapur atau balkoni(Ala..cakap bolehla, mana ada tempat..tak rasa boleh la cakap). Saya cakap berdasarkan pemerhatian saya dalam group facebook, ramai saja yang duduk dibandar halaman/ruang kecil, tapi sebab nak tanam, bermacam cara atau kreativiti yang mereka cuba dan hasilnya sangat cantik,lebih cantik dari yang ada halaman besar. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Disebabkan ruang yang terhad mereka boleh tanam pokok yang diperlukan saja.. Tapi sekurang-sekurangnya mereka mencuba.

 Ini contoh pasu/bekas yang boleh digunakan.. Kecil je.. Sebab kita tak pakai banyak pun.







 Sesiapa yang mempunyai balkoni besar sikit, bolehlah cuba.
Tanam pokok sendiri ni kita tahu sumbernya dari mana, baja apa yang digunakan, pokok berpenyakit atau tidak.. Kalau dikedai atau pasaraya, sayur-sayur letak bawah sehingga ada yang terpijak, dilangkah-langkah.. Bukan itu saja, banyak sangat dah keluar berita, tikus dalam tempat sayur-sayur ni. Bukan sekali dua.
KALAU BOLEH..tanamlah sendiri sayur-sayur. Bukan pakai banyak, sekadar untuk keperluan keluarga..Tapi itu semua kena kehendak diri sendiri, orang boleh cakap tapi kita yang nak buat..tanam pokok sayur yang tidak perlu ruang yang banyak..Seperti sawi/bayam/salad/kangkung. Siapa suka ulam boleh tanam selasih/kesum/ulam raja.

Ada banyak cara nak tanam pokok ni.. Sama ada dalam pasu atau boleh buat hidroponik/aquaponik. Hidroponik/aquaponik ni pun sesuai untuk siapa yang tidak mempunyai halaman/atau ruang yang besar.























Banyak cara untuk tanam pokok, dari sekala yang besar hingga ke kecil..Semua bergantung pada kreativiti. Selain itu, kita dapat menyumbang sesuatu yang berharga iaitu alam sekitar. Ya, alam sekitar sangat penting dizaman serba moden ini..banyak banggunan tapi sedikit pokok boleh menyebabkan pemanasan global.."Dewasa ini kita saling merayakan, kejayaan yang akhirnya membinasakan".. Tidak apa kalau dapat sumbang sikit..yang penting kita sumbang..dapat pahala.

"Bumi tiada udara, Bagai tiada nyawa".....
"Bumiku yang kian pudar...Siapa yang melihat...Dikala kita tersedar... mungkinkah terlewat"

Manusia perlukan bumi untuk hidup, tapi bumi tidak perlukan manusia untuk hidup..Bahkan bumi lebih aman tanpa manusia..
JOM BERKEBUN!

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Maaf sekiranya ada yang salah.. Saya manusia biasa.. suka menulis, kadang lupa untuk berfikir..

Sekian..


Hidroponik : Pengenalan
Hidroponik : Jom Buat Sendiri-(DIY) Bekas Hidroponik
Hidropnik : Percubaan Pertama Kali

Semaian : Kacang Panjang(Renek), Buncis(Renek)..........

Assalammualaikum, Salam Sejahtera.

Semaian : Kacang Panjang(Renek), Bunci Hijau(Renek), Jalapeno Cat Grass, Burpless Bush Cucumber dan Spearmint. Pasar Tani Keramat Permai

Semalam saya ke Pasar Tani Taman Keramat Permai(hari rabu) nak beli biji benih Kacang Panjang(Renek).. Sampai saja kat sana pergi kedai jual biji benih, banyak gila! Bermacam jenis dan varieti biji benih dia jual dan harga sangat murah..RM2 je.. biji benih pokok sayur, biji benih pokok bunga pun ada.. Idea nak beli ni tercetus bila tengok pakcik tanam pokok Kacang Panjang Renek ni.. tengok pokok dia, subur dan menjadi.. banyak kali dah tuai.. kebiasaan kita tahu pokok kacang panjang ni menjalar, ramai yang tak suka tanam sebab leceh nak buat tempat menjalar.. Tapi Pokok Kacang Panjang Renek ni tak menjalar dan tak tinggi pun. Memang dari dulu saya suka menanam pokok ni, Alhamdulillah, banyak yang menjadi macam pokok tomato, terung bulat.... dan banyak yang tak jadi pun ada.

Lama juga la tengok-tengok biji benih apa nak beli, sebab banyak sangat. Setiap pembelian RM20 PERCUMA 1 pek biji benih boleh pilih nak yang mana.. Orang yang jaga pun peramah, boleh tanya dia macam mana cara nak tanam semua. Bekas semaian pun ada jual, murah juga la.. kecil- RM8, besar- RM14(kalau tak salah).


Peat Moss- RM4

Peat Moss ni tanah semaian. Kalau nak menyemai biji benih memang elok pakai tanah ni, sebab tanah ni tak ada ulat atau binatang yang boleh merosakan biji benih.. Lagipun Ph dalam Peat Moss ni sesuai. Boleh baca kat Blog yang pakar dalam tanam-tanam pokok ni.. Saya tahu tanam je..haha.. Ilmu sikit je.











Ini biji benih yang saya beli, dan nak cuba semai.
Semua RM2..
Sebab beli lebih dari RM20, dapatlah PERCUMA 1pek















Ni bekas semaian lama.. Jangan lupa nak semai benih tu letak label nama jenis pokok tu sekali, nanti lupa pokok apa yang ditanam..
Contoh Kacang Panjang "Renek", cili "siam", betik "sekaki" jangan letak nama pokok je,letak nama jenis pokok tu sekali.. Nanti kalau orang tanya "kacang panjang jenis apa ni?" "pokok cili jenis apa ni?", tak tahu nak jawab apa.










Ok, sampai sini perkongsian saya beli biji benih dan hobi luar rumah.. Sebelum ni saya cerita hobi dalam rumah bela Ikan Hiasan, kali ni hobi luar rumah pula.. Hobi yang mengeluarkan peluh..hehe.
Kalau boleh tanamlah pokok yang kita guna, macam serai, pokok daun kari, pokok kunyit, pokok pandan.. Tanam dalam pasu/polybag je.. Sekarang harga pun makin mahal, tak kan nak masak guna sehelai-dua daun kunyit/daun kari nak beli.. nanti ada lebih tak guna, rugi je.. kan seronok kalau nak masak, petik dari hasil yang kita tanam.. Kalau yang dah kahwin tu "bang, tolong petik daun kunyit sehelai' pastu datang bawak daun kari..haha..kan bahagia macam tu..gurau je.. Tanam sendiri lagi sihat, badan sihat, keluarga sihat, makanan pun sihat.. GUNA BAJA ORGANIK!
InsyaAllah, saya akan kongsi percambahan benih dan seterusnya......

Salah silap mohon maaf, tegurlah kalau ada bahasa yang tidak sesuai..

Sekian....


Hidroponik : Pengenalan
Hidroponik : Jom Buat Sendiri-(DIY) Bekas Hidroponik 
Hidroponik : Percubaan Pertama Kali

Kura-Kura dan Ikan Hiasan

Assalammualaikum, Salam Sejahtera..

Entry kali ini saya nak kongsi  tentang bela Kura-Kura dan Ikan Hiasan dalam satu akuarium..
Boleh ke?


Adalah sangat mustahil nak bela kura-kura dan ikan hiasan dalam satu akuarium ni sebab kura-kura akan jadikan ikan hiasan anda sebagai makanan atau mainannya.. Berdasarkan pengalaman kawan saya, dia cuba satukan kura-kura dengan ikan hiasan ni, tapi memang ternyata TIDAK BOLEH! Bermacam ikan dia cuba, tiger barb, guppy, ikan ganas(apa nama ikan lupa), semua kecundang. Bila balik dari kerja tengok 4 ekor jadi mangsa, 2 ekor HILANG, 2 ekor mati. Hari berikutnya mati lagi. Dan kali ini dia nak cuba ikan yang lebih besar lagi.

Kura-kura ni perangainya macam penyu, nampak comel, jalan pelan tapi perangai dia LIAR! Jangan sesekali main jari anda pada mulutnya nanti dia gigit dan boleh mendatangkan kesakitan dan lebih teruk lagi boleh dijangkiti bakteria.
Ok, yang ni penting! Kura-kura ni pembawa bakteria yang dinamakan salmonella dan SANGAT BAHAYA! Boleh menyebabkan kematian pada kanak-kanak, ibu mengandung, orang tua dan orang yang kurang daya tahan diri. Anda boleh cari maklumat tentang kura-kura di internet, sebab saya tak mahir tentang ni, takut tersalah bagi maklumat. Tapi apa yang saya baca bakteria salmonella ni dibawa oleh haiwan jenis reptilia, amfibia.



Bela Kura-Kura ini perlu tahu cara penjagaannya, jangan tahu beli letak dalam bekas lepas itu bagi makan biar, esok bangun bagi makan..seminggu lepas itu mati. TIDAK! Anda perlu tahu cara penjagaan supaya bakteria tidak lekat pada cengkerangnya..
Cara penjagaan kura-kura :
  • Setiap kali sebelum dan selepas anda pegang kura-kura, pastikan anda basuh tangan dengan bersih.
  • Basuh kura-kura anda 4 KALI SEMINGGU!
  • Rendam kura-kura dalam bekas air .
  • Berus cengkerang menggunakan berus gigi yang lembut(beli yang mahal sikit) takut kura-kura cedera
  • Berus cengkerang, bawah kura-kura, kaki.
  • INGAT! SETIAP AIR YANG ANDA BASUH KURA-KURA, PERLU BUANG DALAM MANGKUK TANDAS dan pam. JANGAN BUANG DALAM SINKI ATAU TEMPAT YANG ANDA MAKANAN. Ini untuk mengelakan dari bakteria salmonella.
Untuk maklumat lebih boleh baca disini. TOLONG BACA sangat penting.



Nak bela apa haiwan sekali pun perlu tahu cara penjagaan haiwan yang anda nak bela.. Baca dulu, cari, kaji, jangan tahu suka dan beli. Kesian haiwan belaan anda, makanan tidak cukup, tekanan, sakit lepas itu mati.
HUKUMnya berdosa biarkan haiwan belaan mati disebabkan anda. Dan baca untuk mengelakan sebarang penyakit atau bakteria, cuci bekas haiwan itu selalu.
Sampai sini sahaja entry saya, Maaf kalau ada silap dan salah bahasa, atau maklumat yang salah, tolong tegur.

SEKIAN...

Kedai Ikan Jalan Pasar, Pudu Sep 2019
Ikan Hiasan : Permulaan Yang Patut Dibeli Sebelum Bela IkanHiasan

Ikan Hiasan Bahagian 3 : Guppy, Lampam, Tiger Barb, Swordtail


Assalammualaikum, Salam Sejahtera

Seperti yang dijanjikan entry saya kali ini akan kongsikan ikan, akuarium, dan ikan guppy

Ikan Guppy ni terkenal sifatnya yang suka atau senang beranak, lagi-lagi kalau betina dan jantan tu dah selesa bersama.. Kebiasaannya guppy mengandung 21-30 hari atau kadang lebih dan pertama kali guppy ni beranak anaknya kebiasaan sikit mungkin 6-10 ekor tapi kalau dah dua-tiga kali beranak dia akan melahirkan anak 2-100 ekor, banyak bukan? Pada awalnya seronok tapi kalau dah 20 ekor, nak letak mana.. Tapi tak semua akan hidup. Sebab ikan Guppy betina ni juga ada sifat suka makan anak dia yang baru lahir. Sepanjang pembacaan saya ikan Guppy ni tekanan mungkin faktor lapar, suasana jadi disebabkan tekanan dia makan anak dia..anak dia tak sempat nak lari kot..aduh,kesian betul.

Ikan Guppy juga dikenali sebagai Millionfish atau Rainbow fish.. Kerana sifatnya yang suka atau senang beranak dan warnanya yang cantik. Ikan Guppy yang biasanya kita beli atau tahu yang harga murah-murah ni RM0.80-RM1.00, tapi sebenarnya Guppy ni bermacam-macam jenis harganya pula se-ekor RM2-3 pun ada..nampak macam murah,tapi mahal jugalah nak dibanding dengan ikan lain..mungkin ada yang lagi mahal dari tu, kalau ada sesiapa tahu harga Guppy atau kedai mana jual bolehlah kongsi, saya pun nak tahu juga.. Biasa beli yang harga RM2-3 sebab warnanya cantik.
Ni contoh jenis-jenis;

































Cantik bukan? Selama ni beli yang murah-murah atau biasa- biasa je..yela dulu bela ikan bukan tahu pun jenis ikan-ikan ni..beli letak dalam akurium bagi makan pastu biar.


Ok, ni saya kongsikan akuarium dan koleksi ikan saya.


Ni akuarium saya beli berukuran 24x12x15(2kaki)..
Beli dekat Jalan Pasar, Pudu. Cewaah konon-kononnya nak nampak cantik la(bukan cantik pun).. tak pa,baru nak berlajar.
Lepas cuci akuarium kali pertama, Rasa macam menyesal pun ada buat benda ni, berjam-jam buat hanya sekali basuhan je habis semua.








(Batu Akuarium)Pembelian



Koleksi ikan dalam Akuarium, tak banyak ikan pun
Guppy, Tiger Barb, Lampam, Swordtailfish.




Ni ikan Tiger Barb, agresif.. Suka gigit ekor Guppy.. Saya tak tahu pengalaman orang lain bela, pengalaman saya ikan ni suka gigit ikan lebih kecil dari dia.. Tapi bila dah lama-lama tengok macam dah tak agresif, mungkin tak biasa lagi kot.. Yela kat kedai mana ada campur-campur ikan, kejutan budaya la bila bercampur. Sebenarnya ikan ni pon banyak jenis..tapi tak pernah tengok lagi orang jual jenis lain. Harga ikan ni RM0.80 je, murah..Beli 10ekor lagi murah..TAPI nak letak mana 10 ekor tu? JANGAN BELI IKUT NAFSU. Seperti penulisan entry saya sebelum ni dalam pemilihan ikan.







 Ikan Guppy



Ni salah satu jenis koleksi ikan Guppy yang cantik saya ada.. Sebelum ni ada juga, mana tah hilang..bangun esok hari terus hilang..mungkin kena makan dengan Si Lampam tu.














Ni dalam proses nak melahirkan anak. Guppy yang nak melahirkan anak ni kena asingkan..kalau tidak habis anak dia dimakan ikan lain atau dimakan maknya sendiri. Bekas ni dipanggil "breeding box".. bila maknya melahirkan anak, anak akan lari pergi ke bahagian bawah.. boleh lihat bahagian bawah ada anak dia.. Tapi mak Guppy ni akan mengalami tekanan yang serius sehingga menyebabkan kematian selepas melahirkan anak.. jadi hati-hati kalau nak guna "breeding box" ni..
Kalau tak nak guna pun boleh, tapi dalam akuarium tu kena letak pokok-pokok supaya anak dia boleh lari sembunyi celah-celah daun.





Tengoklah perut ikan Guppy ni.. Besar betul.









Ok, ni video ikan Guppy saya melahirkan anak.. -21/3/2017-
Tengok dia nak makan anak dia...
Sibuk je ikan oren tu.. suka sangat jaga tepi kain orang..haha..
Tapi sebenarnya ikan oren tu nak makan anak dia!






Ni ikan oren yang sibuk jaga tepi kain tu.. Lepas Guppy tu beranak, ikan oren ni pula beranak..
Tengok dia makan anak dia.. Ikan ni pun suka makan anak dia..
Disebabkan ikan ni banyak makan anaknya, anaknya yang hidup sikit je.. dalam 5-6 ekor je.
(Video Kurang Jelas..)





(Breeding Box) Pembelian


Ikan Lampam








Ikan ni senang nak bela, tapi hati-hati kalau nak campur ikan kecil.. habis hilang nanti.










Ok, sampai sini saja entry saya kali ni.. Saya bukan mahir dalam bidang Ikan Hiasan ni.. cuma kongsi apa yang saya tahu saja..
Salah silap mohon maaf, tolong tegur kalau ada bahasa-bahasa yang tidak sesuai..

Sekian....


Kedai Ikan Hiasan Jalan Pasar, Pudu Sep 2019
Ikan Hiasan : Permulaan Yang Patut Dibeli Sebelum Bela Ikan Hiasan

Ikan Hiasan Bahagian 2

Assalammulaikum, Salam Sejahtera

Entry kali ini sambungan dari sebelumnya...

Berapa banyak ikan saya beli, berapa banyak juga yang mati?
Ya, semua saya beli, semua mati..haha..



Saya sebenarnya sudah lama tak bela ikan ni, jadi dah lupa la caranya.
Pertama kali bela setelah sekian lama tak bela, keghairahan apakah yang melanda.. Beli macam-macam ikan.. Padahal akuarium 1 kaki je, kebetulan akuarium lama ada..guna jela.
Mula-mula beli guppy, tiger barb dengan angelfish. Sehari lepas tu goldfish(memang dah tahu tak lama).
Setiap masa layan tengok ikan-ikan ni berenang.. 2-3 hari lepas tu........bermulalah zaman kematian ikan-ikan ni... Sekor demi sekor mati.. "Ok, ni yang aku tak suka ni...."
Akhir sekali goldfish mati..haha..kira ok la ikan yang dijangka mati awal tapi ikan yang terakhir mati.
Ikan ni seronok bela, layan, tengok ekor ikan tu.. rasa macam terpukau.. tapi kalau tak kena gaya tak sampai seminggu dah mati(macam ikan saya).

Tapi rasa macam tak puas hati je lepas ikan-ikan tue mati..fikir-fikir apalah masalah ikan ni..walaupun dah tahu sebenarnya sebab akuarium tu kecil sangat..
Ok, saya tekad nak beli akuarium besar sikit..24x12x15..
Kali ni beli ikan sikit-sikit je..sebab takut ikan tu mati.. Guppy, Tiger barb dengan lampan.
(Tiger barb ni lasak dan jahat..suka gigit-gigit ikan guppy, habis ekor guppy tu..)
Alhamdulillah masuk ni dah 3 minggu bela.. Cuma guppy je yang asyik hilang, mungkin lampan makan sebab guppy tu kecil jadi dia buat santapan dia.

Apa yang saya tahu(pengalaman sendiri), nak bela ikan ni kena tahu apa jenis ikan yang kita suka sebenarnya, pemilihan ikan juga sangat penting..kalau tak jadi macam kes saya, lampan makan ikan guppy.. Saya kongsi sikit.


  
Pemilihan ikan dan akuarium sangat penting;
- Jangan pilih ikan yang susah nak jaga.
- Masa beli tu tengok betul-betul..kadang ada ikan yang dah nyawa-nyawa ikan kedai tu jual.
- Beli ikan yang cantik-cantik, sebab kita nak tengok ikan tu hari-hari.
- Jangan beli ikan pemangsa, nanti habis ikan-ikan kecil dia makan. Tanya tauke kedai tu,ikan mana boleh campur dalam satu akuarium.
- Belilah akuarium besar sikit nanti kesian ikan-ikan tu..macam saya punya 2kaki, RM40. Kalau ada duit lebih belilah 3-4 kaki boleh tambah ikan banyak-banyak.
- Aksesori juga penting untuk menambah lagi cantik akuarium tapi jangan beli terlalu banyak nanti tak muat nak letak..ukur akuarium dengan aksesori tu..jangan ikut suka je beli..nanti membazir.
- Pilih batu atau pasir yang sesuai, sebab nanti leceh nak basuh.. najis-najis ikan terselit kat batu atau pasir.
- Oksigen pun kena cukup.. Kalau nak beli boleh tekan DISINI
- Anti-chlorine jangan lupa, penting! Beli yang mahal skit pun tak apa..tanya tauke tu nak yang elok punya(jangan yang mahal sangat pula).
- Dah beli ikan jangan lupa pula makanan ikan..sebab selalunya benda-benda kecil ni orang lupa..asyik fikir aksesori je, sampai makanan ikan dengan anti chlorine tak beli. Tak perlu beli bekas air untuk bagi ikan minum..masuk tanjung rambutan nanti..haha.
Ingat pemilihan ikan dan akuarium ni sangat penting, jangan beli ikut hawa nafsu je..




Kita juga kena tahu ikan jenis apa yang kita nak bela, nak ikan jenis kecil atau ikan jenis besar;
1) Ikan jenis kecil(guppy, molly, tiger barb, swordtails, dll)
2) Ikan jenis besar, jenis ganas(arowana, toman(saya pernah bela,menakutkan), arapaima, dll)
Perbezaan ikan kecil dengan ikan besar ni tahap buas, ganas, liar ikan tu.. masa bagi makan tengok perbezaan ikan-ikan ni(boleh tengok kat youtube), keseronokan bila bagi makan tu..jangan masuk tangan pula, hilang jari nanti. Kebanyakan ikan jenis besar dan ganas ni makan makanan hidup jadi susah sikit la kena pergi kedai beli makanan dia. Lagi satu air akuarium cepat kotor, leceh nak kena bersihkan sebab lepas ikan ni makan dia keluar balik sisa-sisa kulit ikan dia makan tu.. Macam saya bagitahu, pemilihan ikan ni sangat-sangat penting, nanti awak-awak ni semua nak kena basuh, cuci akuarium ni..dan awak-awak ni juga yang nak tengok ikan ni berenang kibas ekor semua..kena tanya diri sendiri jangan dengar cakap orang, termasuk tulisan saya ni..orang cuma bagi pendapat je..keputusan ditangan anda.


Ok, sampai sini je perkongsian saya.. InsyaAllah akan datang perkongsi tajuk yang sama pasal ikan. Saya akan kongsikan gambar akuarium, ikan.. Insyallah gambar anak ikan guppy saya dan video macam mana dia beranak.
Salah silap mohon maaf, kalau ada bahasa-bahasa yang tak sesuai atau tak kena, atau ada bahasa-bahasa blog yang salah, tolong-tolonglah tegur.. Maklumlah, masih baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni..

Sekian.....


Kedai Ikan Hiasan Jalan Pasar, Pudu Sep 2019
Ikan Hiasan : Permulaan Yang Patut Dibeli Sebelum Bela IkanHiasan

Ikan Hiasan : Kedai Ikan Hiasan

Assalammualaikum, Selamat Sejahtera.

Ok, harini hari pertama dan entry pertama untuk saya. Baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogger ni.
Kalau ada salah silap atau bahasa salah tolong tegur.

Entry pertama ni saya nak kongsi hobi sejak kebelakangan ni. Ikan Hiasan.
(Blog ni bukan tentang ikan, tapi tentang apa saja yang hati saya nak sampaikan dan tangan untuk menulis(menaip).Sekian)

Sejak kebelakangan ni tiba-tiba je rasa nak bela ikan(mungkin sebab tertengok youtube pasal ikan dan cara nak hias akuarium kot)lawa kot dorang hias. Hobi ni kebiasaannya datang dan pergi, tapi yang datang kali ni hobi bela ikan..haha.

Ok,saya tak pandai nak tulis panjang lebar ni. Saya nak kongsi kedai-kedai ikan hiasan yang saya tahu.



Pertama, JALAN PASAR, PASAR PUDU.
Jalan Pasar ni sangat terkenal dari dulu dan menjadi kenangan untuk orang umur 30 tahun keatas ni..haha.
"teringat zaman dulu aku lepak sini la beli ikan laga balik laga dengan kawan, ikan mati" dan macam-macam lagi la..(mungkin tempat lepak bila ponteng sekolah).
Disini juga terkenal dengan harganya yang sangat murah hingga harga yang sangat mahal(rm0.80-ribu-ribu). Siapa yang suka tawar menawar ni memang inilah tempatnya.
Akuarium 2kaki..harga rm45,minta kurang dapat rm40. Ok la kot?
Tapi disini bukan jual ikan hiasan je, haiwan-haiwan dan barang-barang lain pon ada gak. Seperti kura-kura, barangan untuk kucing, burung, dll

Kedai ni banyak aksesori.
Aksesori ikan ada, untuk kucing pon ada
Saya beli tempat letak kucing(sederhana besar) tu harga sepatutnya RM75, minta kurang dalam RM65. tak tahu la murah ke mahal, sebab tak pernah beli.

Banyak kedai dekat sini, kena rajin tengok satu-satu buat perbandingan harga kalau nasib baik dapat murah. Tapi sini susah nak cari tempat letak kereta, lagi-lagi yang bawak kereta. Kalau ada pon berbayar Rm5/sejam, mahal gila tapi ada je orang letak kereta tepi-tepi jalan, kalau takut kena saman janganlah buat. Kesimpulannya, masuk je lah tempat letak kereta berbayar tu, elok-elok RM5 nanti kena saman lagi banyak nak bayar. Jangan sebab nak jimat RM5, nanti rugi RM150 pula.




Kedua kedai Alive Aquarium & Pets
Alamat 10, Jalan Pasar, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.(seberang jalan)
Kedai ni sangat disyorkan(recommended)
Tauke dan pekerja sangat peramah, harga boleh berunding.
Memang selalu datang beli barang kat sini, selesa sikit. Kedai pun besar.
Kedai ni ada dua tingkat, boleh turun tangga untuk ke aras bawah.
Memang banyak aksesori, Ikan Hiasan pon banyak.
 



Ketiga kedai A.K.S Akuarium
Alamat
Ok, ni kedai ikan kawasan Chow Kit, sesiapa yang duduk kawasan Chowkit, Kg.Baru dan yang berdekatan boleh kesini. Saya tak tahu kalau kedai ni orang ramai tahu atau tidak sebab kedainya macam tersembunyi sikit. Tapi kedai ni memang dah lama. Orang-orang lama yang kenal kedai ni bolehlah kongsi kedai ni tahun bila.


Kedai ni dulu(3-4tahun lepas) ikan dan aksesori banyak, tapi haritu pergi dah tak banyak. Ikan pon beberapa jenis je. Mungkin stock ikan tak sampai atau dah kurang pembeli tapi kalau nak beli biasa-biasa ada je barang kedai ni jual, akuarium pon ada, makanan ikan pon ada. Harga pon ok.


Keempat kedai terakhir KS Aquatic And Pets Shops
Alamat






Ok, ini saja dapat saya kongsi kali ni. Entry seterusnya saya akan kongsi ikan yang saya beli, DAN ikan yang telah banyak mati..haha.(memang banyak pun)
Salah silap mohon maaf, kalau ada bahasa-bahasa yang salah atau penggunaan bahasa yang tidak sesuai tolong tegur.
TEGUR BUKAN MAKI..haha
Singgah-singgahlah baca.

Sekian.....

Kedai Ikan Hiasan Jalan Pasar, Pudu Sep 2019
Ikan Hiasan : Permulaan Yang Patut Dibeli Sebelum Bela Ikan Hiasan

Apa Yang Perlu Sebenarnya Untuk Permulaan Membela Ikan Hiasan?

Assalammualaikum, salam sejahtera. Kali ini saya nak kongsikan, Apa Yang Perlu Sebenarnya Untuk Permulaan Membela Ikan Hiasan? ...